Loading...

Inilah 7 Fakta Tentang Datin Seri Haflin Saiful Isteri Kepada Datuk Seri Nazri Aziz Dan Juga Ibu Tiri Kepada Nedim Yang Ramai Tak Tahu

Jika bercakap mengenai Datin Seri Haflin Saiful, pasti ramai yang tidak tahu terdapat beberapa fakta menarik di sebalik figura ini. Ketepikan segala kontroversi yang melanda, Hangat.com bawakan 5 trivia mengenai superwoman ini!

1. Isteri Kepada Datuk Seri Nazri Aziz
Benar, Haflin Saiful kini bergelar isteri kepada menteri, Datuk Seri Nazri Aziz dimana berdasarkan pelbagai sumber mereka telah berkahwin pada Ramadhan 2014 yang lalu.
2. Mempunyai Jenama Pakaian Sendiri
Diam-diam ubi berisi, siapa sangka Haflin turut mempunyai jenaman pakaiannya sendiri iaitu Haflins.
Tidak hairanlah beliau sering kali terbang ke kota fesyen luar negara bagi mencari pelbagai inspirasi jenama pakaiannya.
3. Fashionista!
Sebelum bergelar isteri kepada VVIP lagi, Haflin sudah mempunyai minat yang mendalam terhadap fesyen. Lihat saja pada penampilannya, so hot, so gorgeous!
4. Sahabat Karib Datin Ezurin Yaakob
BFF Relationship goals mungkin boleh diumpamakan pada persahabatan Haflin dan Datin Ezurin Yaakob.
Kedua-duanya mempunyai minat dalam dunia fesyen dan turut dilihat menghadiri pertunjukan fesyen Stella Mccartney bersama-sama.
5. Mempunyai Tali Pinggang Hitam Taekwando
Di sebalik perwatakannya yang kelihatan begitu feminin, Haflin terlebih dahulu mencuri perhatian dan memberi inspirasi apabila beliau mempunyai kemahiran mempertahankan diri, Taekwando serta memperoleh tali pinggang hitam dalam seni ini.
6. Pengacara Salam Bollywood
Tidak kenal siapakah Haflin? Apa kata anda throwback kembali rancangan Salam Bollywood. Benar, itulah Haflin sebelum bergelar isteri dan ibu kepada seorang cahaya mata.
7. Villa Danialla Milik Keluarga Haflin
Jika bercakap mengenai Villa Danialla di Tok Bali, Kelantan pasti ramai yang begitu teruja untuk kesini. Untuk pengetahuan anda, villa yang tular ini adalah milik keluarga Haflin dan selain itu beliau turut menguruskan bisnes dan syarikat IT Megatron Sdn Bhd, Kedai Makan dan Restoran Red Warror Station di Kota Bahru Kelantan. – hangat.com
Share:

Kenapa Kebanyakan Wajah Suami Isteri Makin Lama Makin Serupa? Ini Rupanya 4 Sebab-sebabnya patutla






Ketentuan jodoh tu memang rahsia Allah.Pernah tak melihat pasangan suami isteri yang memiliki wajah seakan-akan sama? Lebih-lebih lagi, yang dah lama berkahwin.
Walaupun tak sama 100 peratus tapi iras, bentuk wajah seakan sama serupa dan punya aura yang sama.Macam nampak rupa adik beradik pun ada.
Mungkin hanya suatu kebetulan,namun biasanya orang kata jika muka pasangan nampak seakan-akan sama, lebih serasi dan jodohnya panjang.Betul ke? Dari aspek psikologi,sebenarnya ada 4 sebab yang menjadikan wajah suami isteri ini boleh jadi seiras.
1. Banyak menghabiskan waktu bersama
Mengikut kajian psikologi yang dilakukan oleh Newheathadvisor(dot)com, semakin kerap pasangan menghabiskan waktu bersama-sama, semakin mirip rupa mereka antara satu sama lain. Ini kerana cara hidup mereka sudah bersatu dan mempengaruhi satu sama lain.
Sebagai pasangan suami isteri pasti ada banyak pengalaman dan kenangan yang dilakukan bersama-sama.Daripada melakukan rutin harian, membuat pelbagai aktiviti dan pelbagai perkara lain. Tanpa disedari, pengalaman-pengalaman inilah yang mampu mengubah diri pasangan sedikit demi sedikit.
2. Emosi boleh mengubah karakter wajah
Psikologi Sosial, Robert Zajonc mencetuskan soal konsep Sosial Facilitation pada tahun 1965. Menurut beliau, konsep itulah yang jadi jawapan kenapa banyak suami isteri yang wajahnya boleh mirip satu sama lain.
Sosial Facilitation adalah tindakan menunjukkan emosi atau reaksi yang berbeza antara waktu seseorang bersendirian dan sewaktu bersama orang lain. Ini kerana manusia mempunyai perasaan empati, dan biasanya emosi dan reaksi yang ditunjukkan disesuaikan dengan orang berada dekat dengannya.
Dalam pada itu, otot-otot tubuh berkembang atau berubah mengikut kegunaannya. Sebagai contoh, pasangan yang sering ketawa bersama akan memiliki kedutan yang sama di wajahnya. Kalau sama-sama suka berbual, maka struktur pipi mereka akan ikut berubah.
3. Meniru kebiasaan dan kesukaan pasangannya
Faktor ini terbukti dengan foto pasangan suami isteri yang sudah 25 tahun menikah dan wajah mereka nampak sangat mirip. Para psikologi dari Yale University juga mengungkapkan jika pasangan suami isteri akan saling meniru kebiasaan pasangannya tanpa sengaja dan menyukai apa yang pasangannya sukai.
4. Dari awal memang tertarik dan mencari wajah yang mirip
Sebenarnya, tanpa kita sedari sewaktu mencari pasangan, kita mencari pasangan atau seseorang yang memiliki sedikit sebanyak persamaan dengan diri sendiri, termasuk selera berpakaian, hobi atau minat dan juga keterampilan.
Bahkan, ada juga sesetengah wanita yang mencari pasangan yang mirip dengan ayah mereka. Kalau dari awal sudah bertemu orang yang mirip, sudah tentu apabila menjadi suami isteri persamaan itu akan menjadi semakin jelas.
sumber: miloopanas
Sumber: Sumber
Share:
loading...

Popular Posts

Powered by Blogger.

Recent Posts

Pages

Theme Support

Need our help to upload or customize this blogger template? Contact me with details about the theme customization you need.